Showing posts with label Tentang Saya (About Me). Show all posts
Showing posts with label Tentang Saya (About Me). Show all posts

Sunday, August 3, 2025

1. Tentang Saya (About Me)

 

Tentang Saya (About Me)

Tentang Saya

    Selamat datang ke blog Zali78! Saya merupakan seorang profesional dalam bidang Kawalan Kualiti (QC) dan Jaminan Kualiti (QA) dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri pembuatan. Blog ini saya hasilkan sebagai satu platform untuk berkongsi ilmu, panduan, dan pengalaman sebenar dalam dunia kualiti.

    Saya memiliki Diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal dan Lukisan Teknikal, dengan pengalaman kerja dalam bidang kawalan kualiti, rekabentuk teknikal, serta penyelarasan projek. Sepanjang kerjaya saya, saya pernah berkhidmat sebagai Juruteknik, Penyelia QA, Setiausaha di firma guaman, serta Jurutera QC. Melalui pengalaman ini, saya membina kemahiran analisis, organisasi, dan penyelesaian masalah yang kukuh.

    Selain latar belakang profesional, saya juga berminat untuk mempelajari kemahiran baharu termasuk bahasa dan teknologi digital. Kini saya meneroka bidang penulisan blog, pemasaran affiliate, serta penciptaan kandungan berasaskan AI. Matlamat saya ialah untuk berkongsi ilmu, pandangan, dan pengalaman yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. 

       Kini saya menulis di blog ini untuk berkongsi ilmu, cerita, dan sedikit sebanyak pengalaman yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada pembaca. Saya juga berminat dengan dunia digital, pemasaran affiliate, serta penggunaan teknologi AI untuk menambah pendapatan dan membuka peluang baharu. 


                Daripada pengalaman tersebut, saya mula mendalami minat dalam bidang Quality Assurance (QA) dan Quality Control (QC). Blog ini saya wujudkan untuk berkongsi ilmu yang saya pelajari — daripada asas QA/QC sehinggalah kepada panduan praktikal, senarai semak (checklist), serta tip kerjaya. Saya percaya ilmu harus dikongsi, dan saya berharap penulisan saya dapat membantu:

  • Pelajar yang ingin mengenali bidang QA/QC.

  • Pencari kerja yang sedang bersedia untuk kerjaya QA/QC.

  • Profesional yang memerlukan rujukan pantas atau amalan terbaik.

            

            Selain QA/QC, saya juga berkongsi artikel mengenai kerjaya, motivasi, dan gaya hidup. Bagi saya, hidup bukan hanya tentang kerja, tetapi juga keseimbangan antara pembangunan kerjaya dan inspirasi peribadi.


            Jika anda berminat dengan QA/QC, pembangunan kerjaya, atau sekadar mencari motivasi, saya menjemput anda untuk meneroka artikel-artikel saya dan berkongsi pandangan anda.

Terima kasih kerana melawat blog saya — semoga anda jumpa sesuatu yang bermanfaat di sini.

📩 Hubungi Saya: [hazaliah78@gmail.com]

🌐 LinkedIn (pilihan): [Hazaliah Mohd Ali | LinkedIn] 

 

    Matlamat utama blog ini adalah untuk membantu pelajar, pencari kerja, serta mereka yang sedang berkhidmat dalam sektor industri memahami konsep, prosedur, dan amalan terbaik dalam bidang QA/QC.

Terima kasih kerana sudi berkunjung. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya.


 

Allah SWT Suka Orang Yang Berusaha, Hayati Hadis Kemuliaan Manusia Yang Bekerja Mencari Rezeki


لَأَنْ يَحْتَطِبَ أحَدُكُمْ حُزْمَةً علَى ظَهْرِهِ، خَيْرٌ له مِن أنْ يَسْأَلَ أحَدًا، فيُعْطِيَهُ أوْ يَمْنَعَهُ.

Maksud: “Sungguh, seorang dari kamu yang memikul kayu api di atas belakangnya lebih baik baginya daripada dia meminta-minta kepada seseorang, sama ada orang itu memberinya atau menolaknya.” 

(HR Bukhari, no. 2074)




“Langkah Demi Langkah: Cara Menyelesaikan Masalah QC di Kilang”

  10 Common QC Problems in Manufacturing and How to Solve Them Introduction Quality Control (QC) plays a crucial role in ensuring product...

Muqaddimah