Customer Return Reject Glass And Disposal
Salam bertemu kembali, pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai bagaimana seorang qc/qa mengendalikan kes bagi reject return dari customer dan perlaksanaan pembuangan barang yang sudah rosak. Disini saya kongsikan dokumen sokongan yang berkait dan flow chart bagaimana cara dan prosuder untuk mengendalikan kes seperti yang disebutkan, sila lihat gambarajah dibawah :-
Ok disini saya akan kongsikan cara untuk mengendalikan bagaimana barang yang direject dari customer ke kilang, ini kerana barang yang reject akan di tempatkan di isolation area khas untuk barang yang bermasalah dan reject. Apabila barang reject yang sampai dari customer ini adalah cara yang saya praktikkan dikilang kerana setiap manufacturing mempunyai berbeza method dan pengendalian dan ini adalah salah satu contoh mengikut flow diatas
Gambarajah diatas adalah gambar yang diambil dan disimpan didalam system data sebagai bukti pemulangan barang reject ke kilang, pelanggan akan memulangkan barang reject berserta dokumen seperti D/O reject dari customer, D/O company, PO customer dan drawing. Untuk pengetahuan anda dokumen ini dikumpulkan dan disatukan dibawah 1 report iaitu NCR form ( Non-confirmity report ) contoh seperti dibawah. |
| NCR ( NON-CONFIRMITY ) |
 |
| PO PURCHASE ORDER CUSTOMER |
 |
| MANUAL PO CUSTOMER |
 |
| DO ( DELIVERY ORDER ) COMPANY |
Proses bagi membuat penukaran barang bergantung kepada Quality Manual yang di praktikkan pada sebuah kilang, disini untuk membuat penggantian barang yang dipraktikkan dikilang adalah mengambil masa 3 hari bagi proses penukaran iaitu barang finished good yang akan dihantar kepada pelanggan. Sekiranya ada kes-kes yang urgent mungkin mengambil masa 1 hari untuk membuat penukaran. Fungsi NCR adalah untuk mengenal pasti di bahagian proses dimana berlakunya kerosakan, sama ada ianya dikenal pasti di bahagian proses cutting, polishing, laminating dan tempering, packing atau logistic. Setiap barang yang di kaji selidik punca kerosakan akan di tandatangani oleh pengurus production, supervisor dan operator pengeluaran supaya setiap barang yang rosak atau reject mereka akan bertanggungjawab keatas kes tersebut, dan tempoh penutupan bagi kes NCR mengambil masa hingga 1 - 2 minggu, setelah NCR tersebut telah dimeterai oleh semua pihak kemudian akan diberikan kepada customer bagi maklum balas dari pihak supplier kepada customer sebagai tindakan memperbaiki tindakan demi masa hadapan. Kemudian report NCR ini akan direkodkan didalam Defect Advice Note report, Customer Complaint Report dan Daily Customer return defect sila lihat dokumen dibawah sebagai rujukan.
 |
| Customer Complaint Report |
 |
| Defect Advice Report |
 |
| Monthly Graph for Rejection |
kemudian setelah direkodkan ini adalah step yang seterusnya bagi proses disposal barang reject yang hendak dibuang dan tidak boleh digunakan semula. Sila lihat dokumen dibawah sebagai rujukan.
 |
| Disposed List Report |
 |
| Scrap Form Report |
 |
| Scrap Form Report |
Dokumen diatas adalah disposed list report dan scrap form ia bertujuan merekodkan barang yang dilupuskan yang digunakan untuk kebolehkesanan untuk menjejaki number data dan status yang peroleh dari NCR report.