Monday, October 30, 2023

Equipment & Qc Tools

Qc/Qa Equipment & Qc Tools


        Salam bertemu kembali bersama bro zaley's, kali ini saya ingin berkongsi mengenai peralatan Qc, peralatan ini memang penting dan serta ianya familiar dengan kerja Qc kerana peralatan-peralatan ini amat penting kerana untuk mengukur serta mengambil data untuk disimpan pada setiap inspection checksheet dan digunakan sebagai rujukan. Sekiranya peralatan ini tidak ada mungkin sesebuah jabatan Qc tidak sempurna tanpa peralatan. Peralatan Qc seperti verier caliper, pitch caliper, micrometer kalau boleh biarlah beli berjenama seperti mitutoyo, kerana brand dari jepun nie boleh tahan lama dan mungkin jangka hayat boleh menjangkau sehingga berbelas tahun atau lebih, kerana mesin ini direka cipta mempunyai ketahanan lasak dan lama, mungkin harga agak mahal sikit tapi saya jamin anda mesti berpuas hati dengan brand ini, kerana saya memang syorkan barang ini diguna pakai di industri dan kilang. 



 Dibawah ini saya senaraikan contoh penggunaan peralatan dan mesin yang digunakan semasa di kilang dahulu . Let's roll it



Baik 👍 selain daripada QC Tools (analisis data & dokumen), jabatan QA/QC juga gunakan pelbagai peralatan (equipment) untuk inspection, measurement & testing. Saya terangkan jenis-jenis utama dan kepentingannya:


🔹 1. Measuring Instruments (Alat Ukur Dimensi)

Digunakan untuk memeriksa saiz, ketepatan, dan toleransi produk.

  • Vernier Caliper / Micrometer → ukur diameter, ketebalan, panjang.

  • Height Gauge / Surface Plate → ukur ketinggian, rata permukaan.

  • Dial Indicator → semak kebulatan, kelurusan.

📌 Kepentingan: Pastikan produk mengikut lukisan teknikal & standard toleransi (contoh ISO, ASME).


🔹 2. Non-Destructive Testing (NDT) Equipment

Untuk semak kualiti bahan atau weld tanpa merosakkan komponen.

  • Ultrasonic Testing (UT) → kesan kecacatan dalaman.

  • Radiographic Testing (RT/X-ray) → periksa weld dan bahan dalaman.

  • Magnetic Particle Testing (MPI) → kesan retakan permukaan pada logam ferromagnetik.

  • Dye Penetrant Testing (DPT) → kesan retakan halus pada permukaan.

📌 Kepentingan: Pastikan weld, paip, tangki tekanan, dan komponen kritikal selamat digunakan.


🔹 3. Material Testing Equipment

Ujian untuk sifat mekanikal & kimia bahan.

  • Tensile Testing Machine → kekuatan tegangan bahan.

  • Hardness Tester (Rockwell, Brinell, Vickers) → tahap kekerasan.

  • Spectrometer / PMI (Positive Material Identification) → komposisi kimia logam.

📌 Kepentingan: Pastikan bahan yang diterima sesuai dengan spesifikasi (contoh SS304, Carbon Steel, Alloy).


🔹 4. Surface & Coating Testing Equipment

  • Coating Thickness Gauge → semak ketebalan cat / galvanizing.

  • Surface Roughness Tester → periksa kekasaran permukaan.

  • Adhesion Tester → kekuatan lekatan cat.

📌 Kepentingan: Kawal perlindungan anti-karat & finishing permukaan.


🔹 5. Environmental & Process Monitoring Equipment

  • Thermometer / Thermocouple → suhu proses.

  • Pressure Gauge / Manometer → tekanan sistem.

  • Torque Wrench → pastikan bolt diketatkan ikut spesifikasi.

📌 Kepentingan: Kawal parameter proses supaya konsisten & dalam julat selamat.




    Untuk pengetahuan anda semua barang-barang, peralatan serta mesin hendaklah di calibrate, iaitu mempunya record bahawa peralatan yang dibeli atau digunakan mesti ada direkodkan, iaitu spec yang kita gunakan itu bacaannya tepat dan tidak sejajar. Barang ini juga boleh dihantar di Sirim, Sendi Mahir dan Mitutoyo, kilang anda juga boleh buat sendiri untuk calibrate sekiranya anda mempunyai mesin atau bahan untuk menentukur yang lengkap. Bagi peralatan jangka hayat setiap peralatan dalam tempoh tamat adalah setahun dan bagi mesin pula jangka hayatnya adalah antara 1 tahun dan ianya boleh pergi 3 tahun. Peralatan Qc ini penting apabila di Audit oleh pihak customer dan ISO untuk memastikan peralatan yang kita gunakan ini berkait dengan produk sentiasa disahkan dan tidak dalam keadaan tamat tempoh. Dibawah adalah contoh master list direkodkan supaya peralatan dan mesin sentiasa dikemaskini.

✅ Kesimpulan

Peralatan QC sangat penting kerana:

  1. Memberi bukti objektif bahawa produk menepati spesifikasi.

  2. Elak kegagalan produk yang boleh bawa risiko keselamatan & kos tinggi.

  3. Meningkatkan keyakinan pelanggan dengan laporan inspection yang lengkap.

  4. Menyokong audit & pensijilan (ISO, API, ASME, MS, E-mark).





Tuesday, October 24, 2023

Sirim MS 1498:2017

 STANDARD MS 1498:2017


📘 Apa itu MS 1498:2017

  • MS 1498:2017 ialah standard Malaysia yang berkaitan dengan “Safety Glass in Building — Specification” atau spesifikasi kaca keselamatan dalam bangunan. 

  • Ia merupakan revisi kedua bagi MS 1498, menggantikan versi sebelumnya (MS 1498:2000 / MS 1498:2011). 

  • Standard ini ditetapkan oleh Jabatan Standard Malaysia / Standards Malaysia di bawah kategori bangunan, pembinaan & kejuruteraan awam. 


🔍 Fokus & Skop Standard

MS 1498:2017 menetapkan:

  1. Spesifikasi Prestasi Keselamatan (Safety Performance)

    • Kaca yang digunakan mesti mempunyai ciri keselamatan supaya apabila pecah, tidak menyebabkan kecederaan serius (contoh: mengurangkan serpihan tajam).

    • Dalam standard lama, tajuknya “Safety performance specification” untuk kaca keselamatan.

  2. Jenis-jenis Kaca

    • Meliputi beberapa jenis kaca keselamatan seperti laminated, wired glass, kaca yang diselitkan dengan filem plastik (plastic film bonded), dan kaca organik bersalut (“organic coated glass”) 

    • Termasuk juga syarat-syarat dan ujian untuk kaca tahan api (“fire-resistant glass”) dalam skop bila berkaitan.

  3. Kaedah Ujian (Test Methods)
    Standard ini menetapkan jenis-jenis ujian yang mesti dilakukan ke atas kaca keselamatan, contohnya:

    • Ujian impak pendulum (pendulum impact) 

    • Ujian mendidih (boil test) 

    • Ujian pendedahan cuaca (“weathering test”) 

    • Ujian fragmentasi (pecahan kaca) 

    • Ujian tekanan permukaan (“surface compression test”)

  4. Definisi & Terma
    Standard ini juga memperkenalkan definisi baru seperti asymmetric material, break safely, “fire-resistant glass”, “laminated glass”, “organic coated glass”, dan beberapa terma lain. 

  5. Tuntutan Standard Wajib / Keperluan Minimal
    Standard menetapkan kriteria penerimaan (acceptance criteria) untuk kaca, seperti jumlah serpihan kaca selepas pecahan, saiz serpihan maksimum, prestasi koefisien cahaya, ketahanan permukaan dan lain-lain yang berkaitan keselamatan. (Standard mengandungi lampiran contoh penentuan berat serpihan kaca).



MALAYSIA STANDARD MS 1498:2017

  1. BOIL TEST
  2. DROP BALL TEST
  3. FRAGMENTATION TEST
  4. PENDULUM IMPACT TEST
  5. SURFACE TEST GASP

1. BOIL TEST = Fizikal test untuk kombinasi glass dengan interlayer (PVB) untuk melihat resutl Bubble pada glass yang tidak lebih dari 12mm per square keliling glass

SOP BOIL TEST 



INSPECTION CHECKSHEET




Untuk Boil test kombinasi glass contoh adalah seperti berikut FL4+0.38Clear+FL4 dan untuk ujian tersebut memerlukan 3 keping setiap saiz yang hendak diuji.

FL4 = Thickness glass
0.38 Clear = PVB Interlayer
Size glass 300 x 300 mm
Kuantiti : 3 pcs setiap bagi satu saiz

🔹 1. Boil Test (Ujian Didih)

  • Tujuan: Memeriksa kestabilan laminasi pada kaca laminated.

  • Cara:

    1. Sampel kaca laminated dimasukkan ke dalam air mendidih selama beberapa jam.

    2. Perhatikan sama ada ada delaminasi (gelembung udara, lapisan tercabut).

  • Kepentingan: Pastikan lapisan kaca laminated kekal melekat kuat walaupun dalam keadaan suhu/kelembapan tinggi.



2. SOP DROP BALL TEST




INSPECTION CHECKSHEET

Untuk Drop Ball test kombinasi glass contoh adalah seperti berikut FL5+0.38Clear+FL5 dan untuk ujian tersebut memerlukan 3 keping setiap saiz yang hendak diuji.

FL5 = Thickness glass
0.38 Clear = PVB Interlayer
Size glass 500 x 500 mm
Kuantiti : 3 pcs setiap bagi satu saiz

TP 8 = Thickness glass tempered
Size glass 500 x 500 mm
Kuantiti : 3 pcs setiap bagi satu saiz


3. SOP FRAGMENTATION TEST

🔹 3. Fragmentation Test (Ujian Pecahan Kaca)

  • Tujuan: Menilai corak pecahan kaca bila rosak.

  • Cara:

    1. Kaca tempered dihentak pada satu titik.

    2. Kaca akan pecah sepenuhnya.

    3. Hitung bilangan serpihan dalam kawasan tertentu dan ukur saiz serpihan terbesar.

  • Kriteria lulus: Serpihan mesti kecil & tidak tajam (contoh: >40 serpihan dalam 50 × 50 mm²).

  • Kepentingan: Elak kecederaan serius bila kaca tempered pecah.



INSPECTION CHECKSHEET





Untuk Fragmentation test hanya menggunakan tempered glass sahaja tp 8mm dan untuk ujian tersebut memerlukan 3 keping setiap saiz yang hendak diuji.

TP 8 = Thickness glass tempered
Size glass 1100 x 360mm
Kuantiti : 3 pcs setiap bagi satu saiz



4. SOP PENDULUM IMPACT TEST

INSPECTION CHECKSHEET




Untuk Pendulum Impact test kombinasi glass contoh adalah seperti berikut FL4+0.89Clear+FL4 dan untuk ujian tersebut memerlukan 3 keping setiap saiz yang hendak diuji.

FL4 = Thickness glass
0.89 sgp = PVB Interlayer
Size glass 876 x 1938mm
Kuantiti : 3 pcs setiap bagi satu saiz

🔹 4. Pendulum Impact Test (Ujian Impak Bandul)

  • Tujuan: Menilai rintangan hentakan kaca keselamatan bila terkena objek.

  • Cara:

    1. Sebuah bandul (pendulum) berbentuk beg kulit berisi bola logam digerakkan ke arah permukaan kaca.

    2. Ujian dibuat pada beberapa tahap ketinggian (tenaga hentakan berbeza).

    3. Kaca mesti tidak pecah berbahaya – jika pecah, serpihan mesti kecil atau melekat pada lapisan filem (laminated).

  • Kepentingan: Simulasi hentakan manusia / objek terhadap kaca pintu, dinding kaca, atau panel tingkap




5. SOP SURFACE TEST GASP

🔹 5. Surface Compression Test (Ujian Tegasan Permukaan)

  • Tujuan: Pastikan kaca tempered mempunyai kekuatan mampatan permukaan yang cukup.

  • Cara: Gunakan polariscope atau peralatan lain untuk ukur tegasan dalaman.

  • Kepentingan: Jika tegasan terlalu rendah, kaca mudah pecah; jika terlalu tinggi, sukar dikawal kualitinya





INSPECTION CHECKSHEET


Untuk Surface Stress test hanya menggunakan tempered glass sahaja tp 8mm dan untuk ujian tersebut memerlukan 3 keping setiap saiz yang hendak diuji.

TP 8 = Thickness glass tempered
Size glass 1100 x 360mm
Kuantiti : 3 pcs setiap bagi satu saiz



Untuk kelima-lima ujian yang telah disebutkan diatas hendaklah lulus dari pihak sirim, barulah anda layak mendapat sijil produk daripada sirim bahawa glass anda telah diuji dan selamat digunakan mengikut standard dan piawaian.


Dibawah adalah contoh Customer report
✅ Kepentingan Standard MS 1498:2017
  • Keselamatan Pengguna: Pastikan kaca bangunan yang pecah tidak menghasilkan serpihan tajam yang boleh mencederakan orang.

  • Pematuhan & Perundangan: Untuk penggunaan kaca dalam bangunan, pemasangan mesti mematuhi standard ini agar mematuhi kod bangunan & undang-undang Malaysia.

  • Kualiti & Keyakinan: Membolehkan pengeluar kaca keselamatan menunjukkan bahawa produk mereka mempunyai prestasi yang terbukti dalam ujian.

  • Keseragaman Standard: Memberi garis panduan jelas bagi industri kaca pembinaan agar semua pihak (pengeluar, kontraktor, arkitek) menggunakan kaca yang memenuhi piawaian keselamatan uniform.



































Sunday, October 22, 2023

Perihal QA/QC (Muqaddimah)

  
Bro Zaley's


Hi Selamat datang ke Zaley's blogger disini saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman kerja yang boleh kongsikan bersama pada para sabahat, rakan-rakan dan kepada kawan-kawan diluar sana untuk berkongsi Ilmu serba sedikit mengenai pekerjaan Qc/Qa dan semoga ada manfaat kita bersama. Sebelum itu saya ingin mengucapkan salam dan selawat keatas junjungan nabi kita Muhammad S.A.W berkat dan karamah beliau dan tidak lupa pada para sahabat nabi, para anbiya, para ulama', Ibu-bapa serta sahabat dan rakan-rakan. Disini bro ingin berkongsi apakah task seorang Qc dan juga Qa dan apakah peranan dan matlamat jawatan ini di dalam disebuah organisasi, kilang dan industries. Apakah perbezaan antara Qc dan Qa? Adakah seorang itu boleh membuat 2 kerja dalam sekali gus..(oh no!! saya tahu mesti ada yang seorang pembaca mengalami bekerja sebagai Qc/Qa sekaligus dengan gaji yang tidak lumayan (kesian..). Okey disini saya kongsikan apakah fungsi Qc/Qa?

📝 Artikel Blog 

Tajuk: Perbezaan Antara Kawalan Kualiti (QC) dan Jaminan Kualiti (QA)

Pengenalan
Dalam dunia industri, terutamanya dalam bidang pembuatan dan pengeluaran, istilah Quality Control (QC) dan Quality Assurance (QA) sering digunakan. Walaupun kedua-duanya berkait rapat dengan kualiti produk, fungsi dan pendekatan mereka adalah berbeza. Artikel ini akan menerangkan perbezaan utama antara QA dan QC supaya anda lebih memahami peranan setiap satunya.


1. Apa Itu Jaminan Kualiti (QA)?

Jaminan Kualiti adalah satu proses pencegahan yang memastikan sistem dan prosedur yang digunakan dalam pengeluaran adalah betul dan mematuhi standard kualiti. QA lebih fokus kepada proses dan sistem.

Contoh aktiviti QA:

  • Audit dalaman

  • Semakan SOP

  • Latihan pekerja

  • Pengesahan dan pengesahan semula proses (Validation & Verification)


2. Apa Itu Kawalan Kualiti (QC)?

Kawalan Kualiti pula adalah satu proses pengesanan yang dilakukan selepas produk dihasilkan. Ia lebih kepada pemeriksaan fizikal produk akhir untuk memastikan produk tersebut memenuhi spesifikasi.

Contoh aktiviti QC:

  • Pemeriksaan visual

  • Ujian dimensi (caliper, micrometer)

  • Ujian fungsi

  • Pengasingan produk NG (Not Good)


3. Perbezaan Utama

AspekQAQC
FokusProsesProduk akhir
TujuanMencegah kecacatanMengesan kecacatan
MasaSebelum dan semasa pengeluaranSelepas pengeluaran
Siapa terlibatJuruaudit, pegawai sistem kualitiJuruteknik QC, penyelia pengeluaran

4. Mengapa Penting Memahami Perbezaan Ini?

Memahami perbezaan antara QA dan QC penting bagi sesiapa yang bekerja dalam bidang pengeluaran, terutamanya untuk:

  • Meningkatkan kualiti produk

  • Mematuhi standard ISO/GMP

  • Mengurangkan kos akibat produk rosak

  • Meningkatkan kepuasan pelanggan


5. Kesimpulan

QA dan QC sama penting, tetapi pendekatannya berbeza. QA lebih kepada mencegah kecacatan dari awal, manakala QC bertindak selepas produk dibuat. Gabungan kedua-dua pendekatan ini akan memastikan kualiti produk berada pada tahap tertinggi.






Fungsi Qc/QA








Okey disini bro Zaley's akan berkongsi data dan maklumat dan segala aktiviti selama lebih 15 tahun berkerja sebagai Qc/Qa.


Tahukah Anda Apa itu 7 Qc Tools?

Ya seperti diagram diatas itu adalah 7 Qc Tools dimana itu adalah dokumen-dokumen yang penting yang perlu ada  didalam sebuah jabatan QC/QA iaitu

1. Check Sheet sama ada ia berkaitan dengan ( Inspection material, Inspection production, Inspection test for lab, Inspection test untuk hourly checking production dan etc). Inspection ini adalah amat penting kerana ia menunjukkan bukti bahawa aktiviti seorang Qc dan Qa untuk dinilai didalam pengurusan kilang dan juga kepada pelanggan ( Stresskan jadi qc lagi kalau melibatkan kerja seorang lepas tue nak menghadap Sirim Audit dan Iso 9001:2015) semua dokumen nak lengkap kalau tak lengkap mungkin product certificate anda dan Iso anda akan menemui jalan gagal, jangan risau bro zaley's akan kongsikan dan muat turun contoh dan dokumen yang terlibat.

2. Fish bone chart iaitu berkaitan dengan 4M
 i. Material
ii. Man
iii.Machine
iv. Method


Diagram diatas menunjukkan masalah-masalah serta kesan yang sering berlaku dalam organisasi sama ada pada Manusia, Mesin, Bahan dan Kaedah. Untuk penyelesaian bagi diagram diatas dokumen yang disediakan adalah Non-conformance report iaitu ketidakpatuhan report. So masalah berlaku kerana tidak mempunyai dokumen seperti berikut :-

  1. Tidak menyediakan S.O.P ( Standard Operation Procedure )
  2. Checking Standard
  3. Judgement Criteria
  4. Packing Standard
  5. Inspection Data
  6. Equipment Qc yang tidak lengkap Cth: vernier caliper, measurement tape, filler gauge, pitch caliper, Micrometer, pin gauge serta barang-barang yang lain berkaitan dengan dengan Qc.
  7. AQL = Assurance Quality Level
  8. Rejection data record Production & Customer
  9. Rejection and Scrap
Untuk makluman semua aktiviti dan data record ini adalah amat penting terutama data bagi rekod production progress prosess sama ada daily, weekly atau monthly dari pengumpulan data tersebut baru boleh terbinanya Analisis data record perbezaan barang finish good dan barang reject, data tersebut barulah kita boleh capai kpi kita dalam bentuk peratus %  data-data ini semua berkaitan, maka terbinalah ia seperti Chart seperti di nyatakan diatas 7 Qc Tools iaitu Histogram, Pareto Chart, Control Chart, Scatter Diagram dan Stratification.

Okey dibawah ini saya kongsikan contoh dokumen yang telah saya buat masa di industri glass 


 Dokumen diatas adalah salah satu projek yang saya present kepada Management, dokumen dan aktiviti Qc/Qa serta peranan didalam sesuatu jabatan. Okey banyak lagi dokumen dan template atau contoh-contoh dokumen yang bro Zaley's kongsikan kepada anda semua pada post yang akan datang jangan risau. 


Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa pekerjaan Qc/Qa adalah satu jabatan yang penting dalam organisasi tidak kira sama ada didalam apa-apa industri dan kilang, kerana pekerjaan mereka ini ia berkait dan terlibat semua jabatan tidak kira sama ada didalam organisasi kilang atau diluar iaitu sama ada terlibat dalam jabatan kerajaan atau swasta. Untuk penglibatan diluar, contoh bagi sektor glass yang berkait dengan jabatan Qc/Qa yang disahkan oleh kerajaan adalah Sirim, CIDB dan Jabatan Standard Malaysia, dimana kakitangan Qc/Qa akan menghadiri beberapa kursus dan latihan untuk mendapatkan sijil produk dan Perakuan Pematuhan Standard. Untuk mendapatkan sijil produk glass diuji mengikiut piawaian dan standard Malaysia yang ditetapkan. Apakah fungsi Sirim didalam industri dan kilang? 

Sirim adalah satu badan yang dilantik oleh kerajaan dimana setiap produk yang dikeluarkan tidak kira sama ada produk itu glass, besi aluminium, socket, plug, helmet , elektronik dan eliktrik ia perlu diuji dan mendapat pengesahan Sirim (sticker, logo, label) menunujukkan bahawa barang itu selamat dipakai, Bro macam mana nak tahu barang tue selamat???OOh kalau ada sticker sirim tue selamatlah bro kalau takde sticker sirim tak selamat giteww ke?? Bagus soalan kau tue bro..memang betul setiap barang atau produk yang mempunyai logo dan sticker sirim selamat digunakan kerana Sirim akan mengesahkan setiap barang atau produk yang keluar dari kilang akan di uji mengikut piawaian dan standard, pengilang akan membuat ujian  produk mengikut standard yang ditetapkan oleh Sirim. Sekiranya kilang produknya besi ada ujian fizikal untuk besi, sekiranya produk dia glass ada ujian fizikal test untuk glass, kalau aluminium mesti ada ujian fizikal test untuk aluminium bak kata setiap apa barang atau produk mesti ada ujian fizikal test dari Sirim, so ujian dari Sirim inilah yang barang yang kita beli itu selamat dipakai . 



So Sirim nie pentinglah!!power tue, kalau CIDB pulak macam mana? CIDB nie polis bangunan!! Aik...kenapa bro cakap macam tue??(pelik). CIDB adalah badan jabatan kerajaan bertujuan beroperasi bagi perniagaan syarikat-syarikat , firma dan kilang-kilang yang berdaftar dibawah CIDB, habis tue kenapa panggil polis bangunan?? CIDB juga mempunyai kakitangan penguatkuasa dan ia mempunyai peranan serta mempunyai hubungan kuat dan berkait rapat dengan Sirim, kerana setiap sijil produk yang kita mohon dari Sirim akan didaftarkan di CIDB,dan permohonan sijil produk didalam talian hendaklah sama dan tidak boleh ada kesilapan, barulah CIDB akan mengeluarkan sijil PPS (Pematuhan Perakuan Standard). Dan sekiranya penguatkuasa CIDB membuat pemantauan di site ( tapak lawatan bangunan) dan menjumpai produk yang tidak mengikut piawaian dan standard barang akan di suspend (nie berat boh!!) silap-silap company boleh kena tarik balik lesen...OOO!!! bukan itu sahaja pihak CIDB juga akan membuat pemantauan setiap syarikat, firma dan kilang jenis perniagaan apakah yang dijalankan, contohnya Encik Abu berdaftar di CIDB sebagai Firma guaman, tapi apabila di siasat rupanya bukan firma guaman, tetapi jadi pusat snooker, ini adalah salah satu kesalahan besar kerana berselindung aktiviti perniagaan. 





Bagi Jabatan Standard Malaysia pula piawaian dan standard bagi sijil produk sentiasa dikemaskini mengikut aliran, ujian bahan dan teknologi dipantau supaya setiap sijil dan standard yang dikeluarkan akan menjadi penambahbaikan dari masa ke semasa. Dibawah ini saya sertakan Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang terlibat serta mengambil bahagian didalam Jabatan Standard Malaysia.

 

The Working Group on Glazing Material (NSC L/ TC 1/ WG 7) which developed this Malaysian Standard consists of representatives from the following organisations:

 

  1. Department of Standards Malaysia (Secretariat)
  2. Innoglass Sdn Bhd
  3. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
  4. Malaysian Institute of Road Safety Research
  5. Malaysian Sheet Glass Sdn Bhd
  6. Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs
  7. SIRIM QAS International Sdn Bhd (Product Certification and Inspection Department)
  8. SIRIM QAS International Sdn Bhd (Testing Services Department - Civil and Construction Section)The Institution of Engineers, Malaysia


 Bagi badan swasta pula Qc/Qa akan fokus pada Supplier dan Customer. Bagi untuk Supplier Qc/Qa kena membuat standard atau peraturan supaya supplier dapat memenuhi kehendak piawaian kilang, atau arahan standard dari segi proses mengikut spec yang dikeluarkan mengikut piawaian dan standard dari kilang yang ditetapkan supaya supplier dapat mengikut kehendak dan piawaian kilang. Untuk Customer glass Qc/Qa perlu fokus memenuhi serta mematuhi kehendak pelanggan iaitu dari segi kontrak, judgement criteria, penghantaran,kuantiti dan kualiti.


Disini saya ingin mengulas tentang sedikit serta kesimpulan mengenai seseorang yang ingin berminat menjadi seorang Qc/Qa, iaitu calon itu perlu mempunya sikap yang positif, boleh berdikari, sekurang-kurangnya calon mesti dari orang terpelajar kerana nak jadi Qc dan Qa mesti nak kena pandai baca drawing teknikal, pandai dalam membuat pengiraan, ketelitian membuat kerja juga penting kerana setiap apa data mesti mengikut spec dan standard yang berikan dan juga seorang yang berpengalaman terutama dalam jawatan ini, tidak juga lupa skill yang penting dalam membuat template sama ada dalam microsoft word, excel, power point atau canva. skill menaip yang laju juga amat penting, betul terus saya katakan kalau anda mempunya skill typing yang laju, inshaAllah kerja anda akan menjadi smooth dan compentence. Okey banyak lagi saya akan kongsikan dan  masukkan dokumen post yang akan datang. Terima Kasih
















“Langkah Demi Langkah: Cara Menyelesaikan Masalah QC di Kilang”

  10 Common QC Problems in Manufacturing and How to Solve Them Introduction Quality Control (QC) plays a crucial role in ensuring product...

Muqaddimah