Showing posts with label Judging Criteria. Show all posts
Showing posts with label Judging Criteria. Show all posts

Wednesday, November 1, 2023

Judging Criteria (Hot Topic )

 Judging Criteria










    Salam semua hari nie Bro Zaley's nak berkongsi tentang Judgement criteria, topik nie adalah topik yang paling menarik yang hendak dikongsikan bersama. Topik nie kita kena fahamkan semua bagi clear terutama di semua section baik production, sales, purchasing, HR dan akaun bukan didalam organisasi sahaja tetapi kepada semua orang diluar sana kena tahu apakah judging ini penting, Fuhh!! ingat senang nak jadi Qc/Qa, susah beb sebab nie nak explain, untuk menjadi Qc/Qa yang berkaliber untuk membuat penilian sesuatu barang adalah berdasarkan rujukan mana-mana standard yang berkaitan dengan sektor pengeluar masing, pekerja harus mempunyai inisiatif membuat standard checking judging criteria sekiranya berlakunya rosak pada barang sama ada ia scratch, dented, wavy, bend, discolour, broken, damage dan lain. Kerosakan yang saya sebutkan tadi mempunyai 2 ketegori iaitu adakah kerosakan itu Minor atau Major. Sebelum saya menunjukkan contoh-contoh dokumen saya nak bercerita dahulu pekerjaan Qc/Qa dalam membuat penilaian, ini bukan senang ye!! mereka ini bukan sahaja menjaga kualiti barang tetapi menjaga nama baik syarikat, itu yang ramai tak tahu, sekiranya ada berlaku complaint dari customer jabatan yang pertama sekali mereka akan cari Qc/Qa. Mereka akan cakap eh!! you punya Qc tarak check ka?, you punya Qc ini defect tak boleh nampak ka?. Ini macam problem macam mana boleh lepas!! you punya Qc tido ka, you punya Qc pakai apa standard, lagi sukar sekiranya jabatan anda mempunyai seorang Qc untuk handle semua iaitu dari incoming material, proces, production, packing, supplier, customer complaint lagi dengan audit sirim, customer dan ISO memang memenatkan (Stress), tetapi sekiranya anda seorang berkemahiran dan skill yang tinggi pada diri anda (displin&mahir) inshaAllah tidak akan menjadi masalah dan anda boleh melakukan walaupun seorang (ini kena pm tepi). 





    Ok disini saya nak bercakap tentang keputusan dan penilaian dari Qc/Qa mengapa kadang Qc/Qa apabila dia buat judgement macam lalang, kalau angin tiup kanan, pergi kanan, angin tiup kiri dia pergi kiri, angin tiup belakang, pergi belakang kerana keputusan dan penilaiannya tidak tepat. Contohnya seperti ini barang glass ada masalah calar dan Qc kejap kata boleh, lepas tue tak boleh, last sekali kata boleh..ada tak dalam kes macam nie berlaku didalam jabatan Qc/Qa (memang banyak berlaku) lain department akan cakap kita nie auta lebih beri keputusan tidak berasas, ini berpunca kurang competence dan tiada final rujukan ketika membuat penilaian barang. Contohnya seorang Qc inspector telah membawa barang  menunjuk barang yang bermasalah, kemudian Supervisor dan Jurutera pun membuat keputusan bahawa mengatakan barang ini boleh dipakai tanpa melihat spec kawalan standard yang dibenarkan, selepas diatas kesedaran tidak melihat standard tadi, Supervisor atau Jurutera terbabit merujuk semula standard dan didapati barang tersebut tak boleh dipakai, maka pangil balik Qc inspector tadi dan kata barang tersebut reject, diatas ketidakpuashatian dengan kedua-dua jawapan dari superior tadi, Qc inspector tersebut dia mengambil inisiatif sendiri ambil gambar kerosakan tadi dia pun tunjuk dekat sales in-charge dan minta tanya direct pada customer dan customer kata boleh dipakai dan boleh buat penghantaran. Disini punca jabatan Qc/Qa jadi bergaduh sesama sendiri kerana tidak ada sepakat dan kefahaman masing dalam membuat keputusan yang tepat, padahal simple aje Qc inspector boleh buat note atau report sendiri buat protection diri sendiri supaya sekiranya ada isu berbangkit, anda mempunyai rekod sendiri dan tak perlu nak bergaduh dengan anda punya superior, cuci tangan dan settle. Sebab superior ini memang membuat standard kawalan barangan sebagai pematuhan untuk digunakan pada production dan Qc sendiri tetapi sekiranya customer sendiri kata boleh you take note that problem tue you keep as your self protection, Qc inspector jangan menganggu superior anda sebab mereka pun macam-macam kerja dia nak struggle terutama yang melibatkan audit produk dan ISO. Untuk kes seperti tadi seharusnya  semua Qc/Qa duduk sepakat bila barang ada masalah jumpa superior, lihat standard judging criteria dan jalan terakhir call atau refer tunjuk gambar dekat sales in-charge beri kepada customer dan tunggu aje keputusankan senang, barulah jabatan Qc/Qa tak dibuli dan mantap. Dibawah saya sertakan contoh dokumen sebagai rujukan

Judging Criteria dan Spec


        Ok disini saya ingin kongsikan jarak dan kedudukan seseorang Qc/Qa untuk membuat pemeriksaan barang, untuk pengetahuan anda yang saya praktikkan bagi checking untuk sebuah glass jarak yang normal(bukan standard) antara satu kaki hingga 2 kaki visual. Sekiranya anda telah menjumpai defect barulah harus mengikut standard contoh ASTM ( American standard safety building) jaraknya adalah 3 meter dari objek, dan bagi standard automotive adalah 1 meter jarak.

    Dokumen diatas adalah standard kawalan dan tolerance ukuran bagi sebuah glass dokumen control ini dan dimeterai telah dipersetujui oleh ke semua pihak dari jabatan Qc/Qa, production dan pengarah urusan untuk digunakan di production dan standard kawalan ini juga diberikan kepada customer supaya mereka faham bahawa standard ini dipraktikkan dan diguna pakai.

    Diatas adalah contoh table data untuk Single Sampling Plan for normal Inspection untuk digunakan cara Qc/Qa memeriksa barang, sama ada akan check mengikut lot by lot atau batch by batch, whatever pun dia mesti menggunakan sampling table sebagai rujukan. AQL table ini dia mempunya kiraan sendiri saya bagi web untuk dikongsikant seperti berikut https://tetrainspection.com/aql-calculator-acceptable-quality-limit/. Web ini anda boleh membuat rujukan dan pengiraan sampling yang dibenarkan. Maksudnya Qc/Qa tidak periksa barang dengan seratus peratus sekiranya barang tue sampai 1000 Qc Inspector akan check kita tengok dia dalam level mana, ok jumpa level (J) so 501 to 1200 lepas tue kita tengok AQL 0.65 (AQL standard nie biasa di praktikkan dimana-mana kilang). kita apply 0.40 tujuan strenghten inspection) dan checking dia adalah 80 pcs dari 1000, so dari 80 pieces pecah kepada method checking contoh 10pcs check visual, 10 pcs check width, 10 pcs checking height, 10 pcs checking thick, 10 pcs check diagonal dan selainnya bergantung pada inspection anda. Sekiranya dalam 80pcs itu anda menemui reject anda kena rujuk kembali kepada table berapa accept dan dan reject 1 hingga 2, sekiranya lebih dari dua anda kena sampling yang baru 80pcs kemudian didapati tiada reject bermakna lot atau batch itu lulus dan dibenarkan.




Kriteria penghakiman sangat penting dalam QA/QC (Quality Assurance / Quality Control) terutamanya dalam pembuatan kerana ia berfungsi sebagai rujukan piawaian untuk menentukan sama ada sesuatu produk diterima, perlu dibaiki, atau mesti ditolak. Mari saya terangkan dengan jelas:

  1. Menentukan Piawaian Kualiti Produk

    • Kriteria penghakiman (toleransi, spesifikasi, had penerimaan) memastikan setiap produk memenuhi spesifikasi reka bentuk.

    • Contoh: Jika rod besi perlu 100 mm ± 0.5 mm, apa-apa di luar julat ini akan ditolak.

  2. Konsistensi dalam Pemeriksaan

    • Tanpa kriteria yang jelas, pemeriksa mungkin membuat penilaian berbeza (subjektif).

    • Dengan kriteria, keputusan adalah objektif dan seragam dalam pasukan.

  3. Kepuasan Pelanggan

    • Pelanggan mengharapkan kualiti yang boleh dipercayai. Kriteria penghakiman memastikan produk menepati keperluan yang dipersetujui (ISO, ASTM, JIS, API, dll.).

    • Membantu elak aduan, pemulangan barang, atau tuntutan waranti.

  4. Pengurangan Kos

    • Dengan mengesan kecacatan awal menggunakan kriteria, pengeluar dapat jimat kos dari kerja semula, bahan buangan, atau penarikan balik produk.

    • Menghalang produk rosak sampai ke pasaran.

  5. Pematuhan Piawaian & Peraturan

    • Industri pembuatan mesti ikut piawaian (ISO 9001, ASME, API, dll.).

    • Kriteria penghakiman memastikan pematuhan semasa audit dan pensijilan.

  6. Menyokong Analisis Punca & Penambahbaikan Berterusan

    • Apabila kecacatan dikenal pasti berdasarkan kriteria, pasukan QA/QC boleh menganalisis punca dan memperbaiki proses.

    • Membina budaya Kaizen / penambahbaikan berterusan.

  7. Mengurangkan Risiko

    • Dalam industri seperti minyak & gas, automotif, peranti perubatan, aeroangkasa, kecacatan boleh menyebabkan isu keselamatan.

    • Kriteria penerimaan/penolakan yang jelas mengurangkan risiko kemalangan atau kegagalan.






⚙️ Contoh dalam Pembuatan

  • Kriteria Penghakiman:
    Kekasaran permukaan ≤ Ra 1.6 Ξm, Toleransi dimensi ±0.05 mm, Tiada retakan atau burr kelihatan pada pembesaran 10x.

  • Keputusan QC:

    • Bahagian A = 100.02 mm ✅ Diterima.

    • Bahagian B = 100.10 mm ❌ Ditolak.

    • Bahagian C = 100.07 mm → Dibaiki jika boleh.


✅ Ringkasnya: Kriteria penghakiman adalah tunjang QA/QC — ia menjadikan pemeriksaan adil, boleh dipercayai, dan selaras dengan keperluan pelanggan + industri. Tanpanya, keputusan kualiti akan jadi tidak konsisten dan berisiko.








“Langkah Demi Langkah: Cara Menyelesaikan Masalah QC di Kilang”

  10 Common QC Problems in Manufacturing and How to Solve Them Introduction Quality Control (QC) plays a crucial role in ensuring product...

Muqaddimah