📝 Artikel Blog
Tajuk: Perbezaan Antara Kawalan Kualiti (QC) dan Jaminan Kualiti (QA)
Pengenalan
Dalam dunia industri, terutamanya dalam bidang pembuatan dan pengeluaran, istilah Quality Control (QC) dan Quality Assurance (QA) sering digunakan. Walaupun kedua-duanya berkait rapat dengan kualiti produk, fungsi dan pendekatan mereka adalah berbeza. Artikel ini akan menerangkan perbezaan utama antara QA dan QC supaya anda lebih memahami peranan setiap satunya.
1. Apa Itu Jaminan Kualiti (QA)?
Jaminan Kualiti adalah satu proses pencegahan yang memastikan sistem dan prosedur yang digunakan dalam pengeluaran adalah betul dan mematuhi standard kualiti. QA lebih fokus kepada proses dan sistem.
Contoh aktiviti QA:
-
Audit dalaman
-
Semakan SOP
-
Latihan pekerja
-
Pengesahan dan pengesahan semula proses (Validation & Verification)
2. Apa Itu Kawalan Kualiti (QC)?
Kawalan Kualiti pula adalah satu proses pengesanan yang dilakukan selepas produk dihasilkan. Ia lebih kepada pemeriksaan fizikal produk akhir untuk memastikan produk tersebut memenuhi spesifikasi.
Contoh aktiviti QC:
-
Pemeriksaan visual
-
Ujian dimensi (caliper, micrometer)
-
Ujian fungsi
-
Pengasingan produk NG (Not Good)
3. Perbezaan Utama
| Aspek | QA | QC |
|---|---|---|
| Fokus | Proses | Produk akhir |
| Tujuan | Mencegah kecacatan | Mengesan kecacatan |
| Masa | Sebelum dan semasa pengeluaran | Selepas pengeluaran |
| Siapa terlibat | Juruaudit, pegawai sistem kualiti | Juruteknik QC, penyelia pengeluaran |
4. Mengapa Penting Memahami Perbezaan Ini?
Memahami perbezaan antara QA dan QC penting bagi sesiapa yang bekerja dalam bidang pengeluaran, terutamanya untuk:
-
Meningkatkan kualiti produk
-
Mematuhi standard ISO/GMP
-
Mengurangkan kos akibat produk rosak
-
Meningkatkan kepuasan pelanggan
5. Kesimpulan
QA dan QC sama penting, tetapi pendekatannya berbeza. QA lebih kepada mencegah kecacatan dari awal, manakala QC bertindak selepas produk dibuat. Gabungan kedua-dua pendekatan ini akan memastikan kualiti produk berada pada tahap tertinggi.
- Tidak menyediakan S.O.P ( Standard Operation Procedure )
- Checking Standard
- Judgement Criteria
- Packing Standard
- Inspection Data
- Equipment Qc yang tidak lengkap Cth: vernier caliper, measurement tape, filler gauge, pitch caliper, Micrometer, pin gauge serta barang-barang yang lain berkaitan dengan dengan Qc.
- AQL = Assurance Quality Level
- Rejection data record Production & Customer
- Rejection and Scrap
Dokumen diatas adalah salah satu projek yang saya present kepada Management, dokumen dan aktiviti Qc/Qa serta peranan didalam sesuatu jabatan. Okey banyak lagi dokumen dan template atau contoh-contoh dokumen yang bro Zaley's kongsikan kepada anda semua pada post yang akan datang jangan risau. Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa pekerjaan Qc/Qa adalah satu jabatan yang penting dalam organisasi tidak kira sama ada didalam apa-apa industri dan kilang, kerana pekerjaan mereka ini ia berkait dan terlibat semua jabatan tidak kira sama ada didalam organisasi kilang atau diluar iaitu sama ada terlibat dalam jabatan kerajaan atau swasta. Untuk penglibatan diluar, contoh bagi sektor glass yang berkait dengan jabatan Qc/Qa yang disahkan oleh kerajaan adalah Sirim, CIDB dan Jabatan Standard Malaysia, dimana kakitangan Qc/Qa akan menghadiri beberapa kursus dan latihan untuk mendapatkan sijil produk dan Perakuan Pematuhan Standard. Untuk mendapatkan sijil produk glass diuji mengikiut piawaian dan standard Malaysia yang ditetapkan. Apakah fungsi Sirim didalam industri dan kilang? Sirim adalah satu badan yang dilantik oleh kerajaan dimana setiap produk yang dikeluarkan tidak kira sama ada produk itu glass, besi aluminium, socket, plug, helmet , elektronik dan eliktrik ia perlu diuji dan mendapat pengesahan Sirim (sticker, logo, label) menunujukkan bahawa barang itu selamat dipakai, Bro macam mana nak tahu barang tue selamat???OOh kalau ada sticker sirim tue selamatlah bro kalau takde sticker sirim tak selamat giteww ke?? Bagus soalan kau tue bro..memang betul setiap barang atau produk yang mempunyai logo dan sticker sirim selamat digunakan kerana Sirim akan mengesahkan setiap barang atau produk yang keluar dari kilang akan di uji mengikut piawaian dan standard, pengilang akan membuat ujian produk mengikut standard yang ditetapkan oleh Sirim. Sekiranya kilang produknya besi ada ujian fizikal untuk besi, sekiranya produk dia glass ada ujian fizikal test untuk glass, kalau aluminium mesti ada ujian fizikal test untuk aluminium bak kata setiap apa barang atau produk mesti ada ujian fizikal test dari Sirim, so ujian dari Sirim inilah yang barang yang kita beli itu selamat dipakai . So Sirim nie pentinglah!!power tue, kalau CIDB pulak macam mana? CIDB nie polis bangunan!! Aik...kenapa bro cakap macam tue??(pelik). CIDB adalah badan jabatan kerajaan bertujuan beroperasi bagi perniagaan syarikat-syarikat , firma dan kilang-kilang yang berdaftar dibawah CIDB, habis tue kenapa panggil polis bangunan?? CIDB juga mempunyai kakitangan penguatkuasa dan ia mempunyai peranan serta mempunyai hubungan kuat dan berkait rapat dengan Sirim, kerana setiap sijil produk yang kita mohon dari Sirim akan didaftarkan di CIDB,dan permohonan sijil produk didalam talian hendaklah sama dan tidak boleh ada kesilapan, barulah CIDB akan mengeluarkan sijil PPS (Pematuhan Perakuan Standard). Dan sekiranya penguatkuasa CIDB membuat pemantauan di site ( tapak lawatan bangunan) dan menjumpai produk yang tidak mengikut piawaian dan standard barang akan di suspend (nie berat boh!!) silap-silap company boleh kena tarik balik lesen...OOO!!! bukan itu sahaja pihak CIDB juga akan membuat pemantauan setiap syarikat, firma dan kilang jenis perniagaan apakah yang dijalankan, contohnya Encik Abu berdaftar di CIDB sebagai Firma guaman, tapi apabila di siasat rupanya bukan firma guaman, tetapi jadi pusat snooker, ini adalah salah satu kesalahan besar kerana berselindung aktiviti perniagaan. Bagi Jabatan Standard Malaysia pula piawaian dan standard bagi sijil produk sentiasa dikemaskini mengikut aliran, ujian bahan dan teknologi dipantau supaya setiap sijil dan standard yang dikeluarkan akan menjadi penambahbaikan dari masa ke semasa. Dibawah ini saya sertakan Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang terlibat serta mengambil bahagian didalam Jabatan Standard Malaysia.
The
Working Group on Glazing Material (NSC L/ TC 1/ WG 7) which developed this Malaysian Standard consists
of representatives from the following organisations:
Bagi badan swasta pula Qc/Qa akan fokus pada Supplier dan Customer. Bagi untuk Supplier Qc/Qa kena membuat standard atau peraturan supaya supplier dapat memenuhi kehendak piawaian kilang, atau arahan standard dari segi proses mengikut spec yang dikeluarkan mengikut piawaian dan standard dari kilang yang ditetapkan supaya supplier dapat mengikut kehendak dan piawaian kilang. Untuk Customer glass Qc/Qa perlu fokus memenuhi serta mematuhi kehendak pelanggan iaitu dari segi kontrak, judgement criteria, penghantaran,kuantiti dan kualiti. Disini saya ingin mengulas tentang sedikit serta kesimpulan mengenai seseorang yang ingin berminat menjadi seorang Qc/Qa, iaitu calon itu perlu mempunya sikap yang positif, boleh berdikari, sekurang-kurangnya calon mesti dari orang terpelajar kerana nak jadi Qc dan Qa mesti nak kena pandai baca drawing teknikal, pandai dalam membuat pengiraan, ketelitian membuat kerja juga penting kerana setiap apa data mesti mengikut spec dan standard yang berikan dan juga seorang yang berpengalaman terutama dalam jawatan ini, tidak juga lupa skill yang penting dalam membuat template sama ada dalam microsoft word, excel, power point atau canva. skill menaip yang laju juga amat penting, betul terus saya katakan kalau anda mempunya skill typing yang laju, inshaAllah kerja anda akan menjadi smooth dan compentence. Okey banyak lagi saya akan kongsikan dan masukkan dokumen post yang akan datang. Terima Kasih |











